Saturday, January 10, 2009

Songket Bagi Pakaian Seragam

Pakaian seragam adalah satu pasaran songket yang memerlukan songket yang dihasilkan dengan bantuan tenunan mekanikal. Kalau untuk menenun tangan, ia akan memakan masa yang sangat lama. Bayangkan jika sehelai songket memakan masa 2 minggu untuk siap, bila boleh semua perajurit kita ini nak berbaris begini. Maka tenunan secara mekanikal menggunakan Jacquard perlu digunakan. Namun kebanyakan pembekal mendapatkan songket Jacquard sebegini terus dari India atau Pakistan, sedangkan ianya boleh dihasilkan di sini. Seharusnya pembeli memastikan ianya buatan tempatan.














Penggunaan songket sebagai pakaian seragam, selain untuk uniform, ternyata banyak digunakan semasa perarakan maulidur rasul seperti gambar-gambar ini. Memang segak bergaya semua kontijen yang berarak. Namun tahukah mereka sama ada songket itu buatan tempatan atau songket India dan pakistan? Malang sekali kalau ianya bukan songket buatan Melayu.



















Sayang sekali, baju Melayu yang di pakai oleh peserta-peserta di bawah ini menggunakan songket Siam. Bagi 'layman' memang kebanyakan orang tidak kenal songket dari mana. Maka perlu ada akta label negara pembuat bagi pakaian supaya pembeli tahu produk dari negara mana yang dibeli. Mungkin pakaian biasa bolehlah kita beli barangan import, tapi kalau yang warisan sendiri pun kita import, maka hilanglah warisan Melayu di dunia.....


Wednesday, December 31, 2008

Songket Wall Panel

Recently I attended a wedding ceremony at Wisma PKPS in Shah Alam. I was amazed at the wall panel used in the hall which used songket. I've been advocating this idea in order to promote the use of local songket. Most hall including those in hotels can make use songket fabrics and promote Malaysian identity to their premises.
The following are some pics taken at the hall. However it is a pity that the songket used is NOT Malaysian Songket! It is the cheap imported songket (either from India or Pakistan).

















Friday, July 25, 2008

Songket Warisan Melayu

Songket adalah seni warisan yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu dan ia melambangkan kekayaan seni tenunan sejak zaman berzaman. Banyak usaha telah dilakukan dalam memartabatkan songket supaya tidak pupus ditelan zaman dan terus relevan pada alaf baru ini. Allahyarham Endon melalui kerjasama antara Yayasan Budi Penyayang (Penyayang) dan TV3 pada 2005 telah berusaha untuk mempromosikan songket hingga ke peringkat antarabangsa.
Namun adalah amat mendukacitakan hari ini songket-songket yang berada di pasaran kebanyakannya adalah songket dari India dan juga Pakistan. Seni warisan Melayu yang menjadi kebaggaan kita kini dibuat di India dan Pakistan. Ini berlaku kerana sifat tamak sesetengah pengusaha yang mengambil jalan mudah dengan membuat songket di India dan Pakistan. Mereka adalah pengusaha yang tidak berkemahiran dan hanya mampu membawa songket tempatan untuk ditiru oleh penenun di India dan Pakistan.
Melalui satu temubual dengan seorang pengusaha songket dari Terengganu, beliau mengatakan terdapat songket dari India yang berlogo UMNO dijual semasa Persidangan UMNO dengan harga yang murah. Dewasa ini pula banyak songket-songket yang digunakan untuk pakaian seragam contohnya tentera, polis dan sebagainya juga menggunakan songket dipercayai dari India atau Pakistan. Memanglah terdapat klausa buatan Malaysia di dalam syarat tendernya, tetapi pembekal-pembekal songket India/Pakistan ini dapat mengaburi mata pegawai-pegawai kerajaan berkenaan dengan membawa masuk ke Malaysia satu atau dua mesin tenun yang hanya layak sebagai besi buruk untuk dipamerkan sebagai usaha mereka menenun di Malaysia. Pada hal mesin tenun berkenaan tak mungkin mampu mengeluarkan songket mengikut permintaan badan-badan kerajaan berkenaan. Tidak dapat dinafikan bahawa hanya mereka yang pakar sahaja dapat membezakan songket buatan tempatan denga yang diimport.
Usaha Allahyarham Endon dan TV3 nampaknya telah dapat memperomosikan penggunaan songket di kalangan masyarakat Melayu, namun perlu ada usaha untuk menggunakan teknologi industri tempatan untuk memenuhi permintaan. Memang terdapat permintaan songket dengan banyak untuk pakaian seragam dan sebagainya, namun jawapannya bukanlah dengan membawa sampel songket ke India atau Pakistan untuk ditiru. Kita perlu ada sifat bertanggung-jawab dan jati diri untuk memartabatkan seni warisan kita. Jika perlu untuk membekal dengan kuantiti yang banyak, teknologinya harus dipelajari dan dibeli mesinnya supaya dapat ditenun di Malaysia. Sikap tamak sesetengah pembekal songket boleh mengakibatkan seni warisan kita persendakan. Satu contoh yang baik untuk kita jadikan panduan ialah fabrik 'kimono' yang hanya ditenun dan dibuat di Jepun sahaja. Perlulah ada sikap jati diri seperti orang Jepun yang tidak menggadaikan warisan bangsanya 'Kimono' kepada orang lain.
Pihak KEKKWA mungkin dapat melakukan sesuatu untuk menghadkan kebanjiran songket dari luar ini. Sebagai contoh, pengimpotan fabrik warisan Melayu (songket dan batik) perlu dikenakan cukai yang tinggi untuk mengalakkan pengusaha tempatan menggunakan teknologi tenunan berkenaan di Malaysia. Teknologi tenunan tempatan juga perlu dibina dan digunakan untuk membekal keperluan songket yang memerlukan pengeluaran yang tinggi di samping mengekalkan tradisi tenun tangan untuk songket-songket yang ekslusif.
Oleh itu, jika anda ingin membeli kain songket, fikir-fikirlah tentang jati diri anda dan apa yang diperkatakan di atas.